Monday, December 29, 2008

BAB 5: KEPUASAN ZAHIR DAN BATIN



MESKIPUN seks adalah keperluan setiap jantina, adakalanya ia juga membawa perceraian dan pergaduhan.

Sejauhmana setiap jantina itu menjadikan seks untuk kekal bahagia bergantung kepada iman, masa, keadaan dan ekonomi masing-masing.



Lakukanlah seks atau jimak secara halal. Dapat pahala setiap kali anda melakukannya berbanding anda melakukannya dengan jalan yang tidak halal.

Namun begitu, ramai di kalangan jantina hari ini berdepan dengan asakan sosial yang sangat ekstrem. Tekanan hidup, masalah lambat nikah, jumlah perempuan melebihi lelaki, dan sebagainya.

Awasilah diri masing-masing, kerana seks itu satu nikmat kurniaan Allah S.W.T tetapi ia boleh menjadi seksaan kepada jiwa, mental dan sesiapa sahaja yang gagal melakukannya dengan sihat.



Kegiatan seks yang sihat dan halal akan melahirkan keturunan yang sihat juga.