Wednesday, December 31, 2008

BAB 6: ADAKAH ANDA PUAS HATI?



SEKARANG saya ingin bertanya kepada anda, pilihan anda yang mana satu? Jika anda suka kepada saya, klik saya. Ok.






Saya tiada kaitan kerana saya juga inginkan lelaki yang beriman. Sudikah mereka? Kalau sudi kliklah saya. Insya Allah saya akan berubah.


Malam kelam ku berjalan dititian cinta yang hilang…
Hanya suara nafasku yang menemani Raga ini..
Hingga ku berbaring di tengah padang gersang…
Oh..Cinta..Dimanakah kau berada???…

Angin berhembus kencang, menerjang badan yang kesepian..
Hanya Doa yang bisa terpanjatkan..pada Sang Khaliq disana…
Ya.. Rab, pemegang kuasa atas Raga ini..
Aku bersyukur atas Rasa Cinta yang kau beri…

Rasa Cinta yang menyinari Hati…
Rasa Cinta yang membelai Raga..
Rasa Cinta yang melindungi Jiwa..
Rasa Cinta yang Engkau pancarkan,…melalui Cinta Bidadari Suci…

Monday, December 29, 2008

BAB 5: KEPUASAN ZAHIR DAN BATIN



MESKIPUN seks adalah keperluan setiap jantina, adakalanya ia juga membawa perceraian dan pergaduhan.

Sejauhmana setiap jantina itu menjadikan seks untuk kekal bahagia bergantung kepada iman, masa, keadaan dan ekonomi masing-masing.



Lakukanlah seks atau jimak secara halal. Dapat pahala setiap kali anda melakukannya berbanding anda melakukannya dengan jalan yang tidak halal.

Namun begitu, ramai di kalangan jantina hari ini berdepan dengan asakan sosial yang sangat ekstrem. Tekanan hidup, masalah lambat nikah, jumlah perempuan melebihi lelaki, dan sebagainya.

Awasilah diri masing-masing, kerana seks itu satu nikmat kurniaan Allah S.W.T tetapi ia boleh menjadi seksaan kepada jiwa, mental dan sesiapa sahaja yang gagal melakukannya dengan sihat.



Kegiatan seks yang sihat dan halal akan melahirkan keturunan yang sihat juga.

BAB 4 : JIMAK CARA ISLAM

ADA bermacam-macam cara untuk berjimak. Cara-cara itu ialah:

  • Perempuan di bawah
  • Perempuan di atas
  • Dalam keadaan mengiring
  • Dalam keadaan duduk
  • Dalam keadaan bersujud
  • Dalam keadaan berdiri
Perempuan Di bawah:



Perempuan Di Atas:




Dalam Keadaan Mengiring:





Dalam Keadaan Duduk:




Ada banyak lagi cara untuk berjimak dengan isteri. Tidak menjadi masalah kerana kedua-duanya sudah halal.

Apabila sudah berjimakhendaklah membasuh kemaluan dengan bersih. Jangan terus tidur sehingga meninggalkan kesan kering. Gunakan sabun wangi supaya tidak berbau. Sunat mencukur bulu kemaluan.

Sunat melakukan jimak di tempat tertutup. jangan sampai orang lain melihat atau anak sendiri.

Bacalah doa-doa pelindung supaya dijauhi oleh syaitan dan iblis.

Adalah dilarang melakukan jimak ketika waktu berikut:
  • Mabuk
  • Sakit seperti sakit kepala, pening dan sebagainya.
  • Ketika lapar
  • Ketika terlalu kenyang
  • Isteri haidh/nifas
Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik lelaki adalah orang yang paling baik terhadap isterinya.

RAHSIA RUMAH TANGGA AMAN BAHAGIA

Selain berupaya memberi nafkah batin kepada pasangan masing-masing, kekuatan kewangan anda juga mampu membuatkan ikatan pernikahan anda lebih ceria.

Selain daripada makan gaji anda menerima setiap bulan dan wang tersebut akan diagih-agihkan untuk keperluan rumahtangga. Maka cabaran alam rumahtangga akan lebih besar kerana tanggungjawabnya juga semakin besar.

Kalau anda rajin bolehlah tambahkan pendapatan anda dengan klik banner di bawah.











BAB 3 : WAKTU MENJIMAK ISTERI




IMAM Shafie berpendapat, ada tiga malam dalamseminggu hukumnya sunat menjimak atau menyetubuhi isteri. Malam-malam itu ialah:
  • Jumaat
  • Isnin
  • Khamis
Melakukan jimak menurut pendapat setengah ulama yangpaling baik dilakukan ialah empat malam sekali bagi peringkat pertengahan umur.

Sebelum berjimak, lebih baik ambil wuduk terlebih dahulu supaya diri dalam keadaan suci daripada hadas. Hukumnya sunat. Ini adalah satu ibadah juga. Pahala akan diberi kerana melakukan perkara yang halal.

Sebelum mendekati isteri, mulakan dengan gurau senda dan cumbu rayu. Kucuplah bibir dan hisaplah lidah isteri terlebih.

Lelaki bolehlah meraba-raba bahagian-bahagian sensitif isteri seperti bahagian buah dada,puting susu, leher, punggung serta faraj.

Apabila keseimbangan nafsu dan emosi berlaku, barulah boleh melayarkan bahtera di tengah lautan samudra.

Nabi berpesan, sekiranya kamu merasa akan turunnya mani, janganlah cepat-cepat mencabut zakar. Biarkanlah dahulu sehingga isteri kamu juga turut sama turunnya mani.

Nabi bersabda lagi, bila seseorang suami melihat isterinya dengan penuh kasih sayang maka Allah S.W.T akan memandang lelaki itu dengan pandangan rahmat dan Allah redha kepadanya.

Apabila suami menjimak isterinya dengan penuh kasih sayang, maka akan gugurlah dosa-dosanya laksana berjatuhan dari celah-celah jarinya.








Isteri adalah amanah Allah dan hendaklah gauli mereka dengan kasih sayang.

BAB 2 : PEMILIHAN BAKAL ISTERI


Dalam memilih bakal isteri, Islam menggariskan beberapa panduan untuk mengekalkan perhubungan suami isteri agar mereka dapat hidup bahagia sepanjang masa.

Rasululullah S.A.W menggariskan sebaik-baik wanita yangsoleh ialah seorang isteri apabila suamimelihatnya, akan menjadikan riang dan suka. Apabila menyuruh berbuat sesuatu dia tetapmematuhi suruhan. Apabila disuruh bersumpah mengenai dirinya, dia tetap berpegang dengan sumpahnya. Sekiranya berjauhan, dia menjaga kehormatan dan harta suaminya.

MENCARI calon isteri bukanlah suatu perkara mudah seperti membeli barang di pasar atau pasar raya. Setiap orang inginkan bakal isteri yang sempurna dalam banyak perkara. Islam sendiri menggariskan beberapa ciri dalam memilih calon isteri bagi kebahagiaan yang berkekalan.

Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita idaman yang diperlukan oleh seorang suami, Baginda menjawab, “Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh dan wanita yang tidak mengkhianatinya (tiada curang). “Dan, wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci.” (Riwayat Abu Daud dan Nasaii)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Sebaik-baik wanita ialah sesiapa yang dapat menggembirakanmu apabila dilihat, mentaatimu apabila disuruh dan menjaga dirinya serta hartamu apabila kamu tiada.” (Riwayat A-Tabrani)

Sifat yang perlu diberi keutamaan mencakupi raut wajah yang menyenangkan, akhlak baik terhadap suami, amanah dan setia. Raut wajah yang menyenangkan meliputi dari semua segi iaitu kecantikan, senyuman dan tutur kata ketika berbicara. Faktor sedemikian kerapnya sangat dititikberatkan oleh kebanyakan lelaki dalam soal memilih pasangan hidup.

Akhlak yang baik terhadap suami turut dititikberatkan dalam Islam ketika memilih calon isteri. Faktor ini bagi menjamin kerukunan rumah tangga. Isteri yang baik ialah isteri yang mentaati perintah dan suruhan suami sejauh mana ia tidak bertentangan dengan apa yang digariskan oleh Islam.

Satu lagi ciri dalam memilih calon isteri ialah amanah dan setia. Pada pandangan Islam, isteri yang amanah dan setia bolehlah disifatkan sebagai isteri yang baik dan solehah. Mereka dapat menjaga kehormatan diri dan harta suami sekalipun ketika ketiadaan suami di rumah.

Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda, “Nikahilah wanita dalam empat kategori: Hartanya, keturunannya, kecantikannya, agamanya. Pilihlah wanita yang mempunyai agama kerana dia akan menjagamu.” (Riwayat Shaihan). Hadis ini menggalakkan seseorang itu memilih isteri dari kalangan wanita yang mempunyai agama iaitu yang beragama Islam dan mengamalkannya.

Perkahwinan yang berdasarkan kepada kecantikan semata-mata tidak digalakkan oleh Islam. Seseorang itu perlu mengambil kira semua faktor sebagaimana maksud hadis di atas.

Kecantikan seseorang wanita tanpa disertai dengan akhlak baik, tidak akan menepati ciri-ciri wanita solehah. Hasil perkahwinan yang dilangsungkan atas dasar kecantikan paras rupa semata-mata berkemungkinan tidak mendatangkan kebahagiaan dan kegembiraan.



Dalam Islam, kecantikan tidak bermaksud hanya keelokan paras rupa saja, malah meliputi semua perkara. Kecantikan juga termasuk dalam soal akhlak, budi pekerti, kasih sayang dan persefahaman. Inilah yang dimaksudkan sebagai kecantikan sebenarnya, malah faktor inilah juga yang perlu diambilkira dalam memilih calon isteri.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Apabila Allah Taala mewujudkan dalam jiwa salah seorang dari kamu seorang wanita, maka lihatlah kepadanya. Sesungguhnya, dengan melihat akan memberi kebebasan kepada kamu berdua untuk berkasih sayang.”

Dalam riwayat lain pula daripada Mughairah bin Su’bah ketika dia ingin meminang seorang wanita dan dikhabarkannya kepada Rasulullah SAW, Baginda bersabda bermaksud, “Lihatlah dia! Sesungguhnya, dengan melihat akan memberi kepada kamu berdua kebebasan untuk berkasih sayang.” (Riwayat At-Tarmizi, Nasaii dan Ibnu Majah).

Hadis di atas, bersesuaian dengan kehendak Islam, kerana Islam menggalakkan seorang lelaki melihat muka dan dua tapak tangan seorang wanita sebelum memilihnya sebagai isteri. Dengan melihat sendiri barulah boleh dibuat penentuan sama ada berkenan atau sebaliknya dengan calon itu.

Sehubungan itu, wajah memainkan fungsi penting dalam pemilihan calon isteri. Ia boleh merangsangkan hubungan kasih sayang di antara suami dan isteri. Dengan cara ini, kekesalan pada kemudian hari tidak akan timbul. Kita juga perlu maklum, akhlak agama dan harta tidak dapat dinilai dengan pandangan, melainkan kecantikan saja yang dapat dinilai ketika itu.

Justeru, dalam memperkatakan mengenai status wanita idaman, agama sepatutnya menduduki tempat pertama, selepas itu barulah diikuti oleh kecantikan paras rupa.

Pada prinsipnya, Islam amat menitikberatkan kecantikan dalam pemilihan calon isteri. Namun begitu, ia dinilai selepas wanita itu memiliki agama dan mentaatinya. Menilai erti kecantikan ini barangkali ada perbezaan di antara seorang dengan seorang yang lain. Oleh itu, jalan yang dikira mudah ialah terserah kepada individu itu sendiri. Jika mereka tertarik dan cukup berkenan dengan raut muka, tingkah laku dan budi pekerti, wanita itu sewajarnya memadai dinilai di segi kecantikan dirinya.

Kecantikan isteri sebagaimana penilaian sendiri, dapat menambahkan kebahagiaan rumahtangga dan menambat hati suami. Kasih sayang di antara suami isteri akan menimbulkan kemesraan. Wanita yang mempunyai paras rupa baik dan menarik dianggap sebagai wanita mempunyai keberkatan. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Sesungguhnya, sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mereka yang mempunyai paras rupa dan rendah maharnya (mas kahwin).”

Sungguhpun demikian, perlu juga ditegaskan paras rupa yang menarik tiada bernilai jika tidak disertakan dengan agama dan akhlak.

Selain wanita beragama dan memiliki kecantikan, soal mas kahwin perlu diambil kira. Dalam Islam, wanita yang meminta mahar atau mas kahwin rendah (berpatutan) adalah dianggap wanita yang mendapat keberkatan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesungguhnya, sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mereka yang mempunyai paras rupa dan rendah mahar (mas kahwinnya).”

Wanita yang meminta mas kahwin berpatutan menjadi wanita idaman kepada kebanyakan lelaki. Ini kerana secara simboliknya ia memperjelaskan sikap wanita yang tidak mementingkan harta, malah lebih penting lagi mencerminkan sikap wanita itu sendiri tidak tamak, sebaliknya pandai berjimat cermat dalam urusan rumah tangga.

Bagi wanita yang meminta mas kahwin tinggi, mereka akan sentiasa mementingkan harta dan kedudukan. Pada mereka, wang adalah kesayangan mereka yang utama berbanding suami sendiri. Oleh kerana mementingkan harta, mungkin suaminya akan sentiasa didesak untuk menyediakan setiap kemudahan dan kesenangan tanpa memikirkan keupayaan suami. Jika keadaan seperti ini berlaku, si suami pasti akan tertekan dan kecewa oleh sikap isteri yang tidak mahu memahami hakikat keupayaan suami.

Wanita yang boleh melahirkan zuriat adalah menjadi wanita idaman oleh hampir setiap lelaki, walaupun tidak dapat dikatakan secara keseluruhannya. Wanita yang dapat melahirkan zuriat juga tergolong dalam kelompok wanita mendapat keberkatan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Kahwinilah wanita yang manja dan tidak mandul!” (Riwayat Abu Daud dan Nasaii).

Wanita yang boleh melahirkan zuriat adalah wanita yang menjadi pilihan untuk dijadikan isteri, kerana dalam sesebuah perkahwinan anak yang dilahirkan itu dapat menjadi pengikat atau penambat kasih sayang dan kerukunan rumahtangga.

Rasulullah SAW juga berbangga mempunyai umat ramai. Justeru, adalah perlu lelaki Muslim memilih calon isteri yang berketurunan boleh melahirkan zuriat, kerana dengan adanya anak boleh menambahkan ikatan kasih sayang di antara suami isteri.

Wanita idaman yang disukai oleh ajaran Islam, ialah wanita yang pandai menguruskan rumah tangga. Pandai menguruskan rumah tangga termasuk menjaga hak dan harta suami, sayang terhadap anak-anak dan pandai pula mendidik mereka. Kasih seorang ibu bukan hanya melayani kehendak anak semata-mata, malah perlu memberikan didikan sempurna khususnya didikan agama.




Mana satu pilihan anda?

BAB 1 : PENDAHULUAN



Lelaki dan wanita saling memerlukan. Dalam hubungan seks terutamanya. Sejauhmanakah lelaki bersedia?



Wang juga memainkan peranan penting. Ia boleh menyuburkan kasih sayang. Ia adalah sebahagian tuntutan cinta.

Memang tidak dapat dinafikan, ramai di kalangan pasangan baru melangkah ke alam perkahwinan, tidak semuanya mengetahui kaedah melakukan persetubuhan menurut tuntutan Islam.

Apabila berdua-duaan di atas katil, mereka lupa untuk mengingati Allah S.W.T., sebaliknya rakus untukmelayarkan bahtera di samudera yang luas.

Jika menghasilkan anak, dikhuatiri anak mereka mendapat tingkah laku yang tidak elok.

Jadi, dalam perbincangan Mutiara Yang Hilang ini, saya akan menerangkan cara terbaik melakukan hubungan seks bersama isteri.



Mutiara Yang Hilang.